#TakNakScam

Sebahagian besar kehidupan kita sekarang menuju ke arah sistem digital. Oleh itu, adalah penting untuk kita kekal selamat daripada mereka yang berniat jahat dan ingin mengambil kesempatan melalui scam bagi mendapatkan wang dan maklumat peribadi.
Tetapi, sejauh manakah pengetahuan anda tentang scam?

48,850 KES

Rekod PDRM untuk kes penipuan siber sejak 2020 sehingga May 2022.

Sumber - PDRM

RM 5.2B

Jumlah kerugian yang dilaporkan dalam penipuan sejak 2020 sehingga May 2022.

Sumber - PDRM

Ikuti 3 langkah mudah ini untuk menangani scam.

Layari maklumat lanjut untuk mengetahui

bagi menghindari scam dan cara-cara untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

SEMAK SAMA ADA IA ADALAH BENAR

TIPS KESELAMATAN DALAM TALIAN

Semasa membeli-belah dalam talian, ingat bahawa ada juga peniaga yang tidak sah yang akan cuba menipu kita. Ingat petua-petua ini untuk melindungi diri anda.

Jaminan Pulangan Tinggi,
Risiko Rendah
Apabila tawaran kelihatan indah khabar dari rupa, ia mungkin scam. Berwaspada dengan scammer dan taktik mereka.

Pinjaman yang menawarkan kelulusan mudah ataupun kadar faedah yang rendah mungkin merupakan scam. Ikuti langkah-langkah ini supaya anda tidak manjadi mangsa.

Penipu keldai wang biasanya menawarkan ganjaran dan pembayaran yang menarik untuk menggunakan akaun bank anda. Jangan jatuh dalam perangkap mereka.

Kedua-dua penjual dan pengguna memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran dalam talian bebas penipuan. Ikuti langkah-langkah ini supaya anda menjual secara bertanggungjawab dalam talian.

LAPORKAN JIKA MENGESAN
SEBARANG PENIPUAN

Jom kita bersama melawan scam dan pastikan platform digital kita bebas daripada sebarang scam. Sekiranya semua orang berdiam diri dan tidak mengambil tindakan, lebih ramai mangsa scam akan mengeksploit masyarakat kita.

Kenal Pasti, Semak dan Lapor jika sebarang scam dikesan!

  • PDRM : Lawati portal Semak Mule untuk memeriksa sama ada nombor telefon atau akaun bank tertentu digunakan dalam penipuan. Pengguna juga boleh menghubungi WhatsApp CCID Infoline di 013-211 1222. Untuk membuat laporan, sila kunjungi balai polis yang terdekat, atau hubungi +603 2610 1559 / +603 2610 1599.
  • Bank Negara Malaysia : Untuk maklumat terkini mengenai penipuan kewang, sila lawati halaman di Amaran Scam. Untuk membuat aduan, sila hubungi BNMTELELINK di eLink atau hubungi 1-300-88-5465.
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) : Lawati SC Investor Alert List untuk senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan. Untuk membuat aduan, sila hantar e-mel ke aduan@seccom.com.my atau hubungi +603 6204 8999.
  • Bursa Malaysia : Untuk membuat aduan, sila hantar emel ke bursa2u@bursamalaysia.com atau hubungi +603 2732 0067. 
  • KPDHNHEP : Untuk membuat aduan, sila lawati portal e-Aduan, hantar emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my , atau hubungi WhatsApp di +6019 279 4317.
  • FOMCA : Untuk membuat aduan, sila lawati portal e-Aduan atau hubungi +603 7803 6000 / +603 7805 0009. 

Dengan kerjasama daripada :