Keselamatan adalah keutamaan kami.

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, keperluan untuk mengekalkan keselamatan dan bertanggungjawab adalah penting.

Keselamatan adalah keutamaan kami.

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, keperluan untuk mengekalkan keselamatan dan bertanggungjawab adalah penting.

Hari ini, kita mempunyai akses ke seluruh dunia di hujung jari kita. Tetapi, pada masa yang sama, adalah penting untuk kita berusaha menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Berikut adalah beberapa sumber yang akan membantu anda meneroka ruang digital dengan selamat.

Menjaga keselamatan semasa membeli produk dalam talian

Meneroka item dalam talian memang menyeronokkan! Ia mudah, dan semua yang kita perlukan boleh didapati dengan satu klik. Sambil kita menikmati faedahnya, kita perlu memahami betapa pentingnya untuk menjaga keselamatan. Berikut adalah sumber kami yang akan membantu anda mengenal pasti pelbagai jenis penipuan dan mendapatkan panduan untuk mengekalkan keselamatan dalam talian.

Pastikan anda membuat pembelian daripada penjual dalam talian yang boleh dipercayai

Apabila kita membeli produk dalam talian, kita mungkin menerima produk yang rosak, dicuri atau produk replika murah. Itulah sebab mengapa anda harus sentiasa pergi ke kedai dalam talian yang boleh dipercayai.
Tonton video ini untuk mengetahui panduan untuk sentiasa selamat.
 

Berhenti seketika sebelum anda membeli

Kadangkala, item yang dipesan dalam talian mungkin tidak sampai kepada kita dan dalam sesetengah kes, identiti kita mungkin dicuri. Oleh itu, adalah penting untuk berhenti seketika sebelum melengkapkan transaksi.
Tonton video ini untuk mengetahui panduan untuk sentiasa selamat.
 

Cara melaporkan penipuan di Facebook

Setiap kali kita melihat penipuan (atau kemungkinan penipuan), kita hendaklah bertindak proaktif dan melaporkannya.
Tonton video ini dan ikut arahan untuk cara melakukannya di Facebook.

Cara melaporkan penipuan di Instagram

Setiap kali kita melihat penipuan (atau kemungkinan penipuan), kita hendaklah bertindak proaktif dan melaporkannya.
Tonton video ini dan ikut arahan untuk cara melakukannya di Instagram.

Dengan kerjasama

To help personalize content, tailor and measure ads, and provide a safer experience, we use cookies. By clicking or navigating the site, you agree to allow our collection of information on and off Facebook through cookies. Learn more, including about available controls: Cookies Policy